Kenyataan oleh YB Wong
Hon Wai, ADUN Air Itam pada 17-3-2014
1. Pagi ini,
saya mengadakan kunjungan courtesy kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, YB
Dato Law Choo Kiang. Saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan saya
sebagai Pengerusi PAC kepada Speaker. Perletakan jawatan saya efektif hari ini.
2. Ini
berikutan perlantikan saya sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri pada
10-3-2014 dan angkah sumpah jawatan pada 14-3-2014.
3. Mengikut
Peraturan 109A(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negri
Pulau Pinang (Standing Orders of the Legislative Assembly Penang), seseorang ahli tidak boleh dilantik sebagai
pengerusi atau ahli jawatankuasa kira-kira kerajaan semasa beliau menjadi Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan (Ahli EXCO).
4. Walaupun
peraturan tersebut hanya tidak membenarkan ahli EXCO menjadi Pengerusi/Ahli
PAC, pada pandangan saya berdasarkan division of power antara Executive dan
Legislative, adalah tidak sesuai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri
menjawat jawatan dalam PAC.
5. Saya
telah dilantik sebagai Pengerusi PAC melalui satu usul (motion) di Dewan
Undangan Negeri pada 4-7-2013. Sepanjang 8 bulan ini, saya ingin menggunakan
peluang siding akhbar ini untuk melaporkan apa yang telah dilakukan dan
pandangan saya terhadap cabaran masa depan. Ini barangkali boleh menjadi satu catatan
kepada Pengerusi PAC baru yang akan datang.
6. Pada
25-9-2013, saya telah memanggil mesyuarat pertama PAC dan telah menggariskan 5
skop kerja.
6.1
Memastikan pihak Eksekutif dalam penggunaan dana awam mencapai IEEE iaitu
integrity, economy, effectiveness dan efficiency.
6.2 Demi mempertingkatkan Akauntabiliti Awam,
Jawatankuasa PAC perlu mempertingkatkan kekerapan mesyuarat dengan perbincangan laporan Audit terkini,
membuat lawatan ke tapak projek dan anak syarikat kerajaan negeri, mengkaji kes
lama yang belum selesai dan memastikan syor-syor Jawatankuasa diambil tindakan oleh Jabatan
/Agensi Kerajaan Negeri.
6.3 PAC akan mengemukakan “Laporan Tahunan PAC” kepada Dewan Undangan Negeri yang
merangkumi butiran mesyuarat, lawatan,
surat-menyurat dan paling penting sekali cadangan pembaikan secara sistem
terhadap kebocoran, keborosan dan ketidakcekapan dalam sistem kewangan Kerajaan
Negeri.
6.4 Untuk memperbaiki prestasi kerja PAC, PAC
juga akan mengkaji terhadap kekurangan
dari segi Standing Order, staf bantuan
PAC dan kewangan dan melapor kepada Jawatankuasa Peraturan-peraturan Dewan dan Speaker Dewan
Negeri supaya PAC dapat melaksanakan
kerja dengan lebih produktif.
6.5 Terus berinteraksi dengan Pihak Jabatan
Audit Negara untuk memastikan proses pengauditan dijalankan dengan lebih
menyeluruh, bersepadu dan kekerapan ditingkatkan.
7. 1 Saya telah menulis surat
pada 9 September 2013 kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato Setia Ambrin bin
Buang dan mengemukakan cadangan supaya persidangan dan taklimat PAC diadakan
supaya anggota-anggota PAC dari Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri boleh
bersidang dan bertukar-tukar fikiran tentang cara memperbaiki proses
pengauditan dan menjadi satu jawatankuasa yang dinamik.
7.2 Surat
balasan dari Ketua Audit Negara bertairkh 19 September 2013 telah diterima dan
beliau menyatakan bahawa Jabatan Audit Negara merancang mengadakan taklimat
kepada ahli-ahli PAC semua negeri dan juga Parlimen.
7.3 Persidangan
PAC semua 13 DUN dan Parlimen telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 8-9
Januari, 2014. Saya telah memimpin
delegasi DUN Pulau Pinang yang merangkumi 8 orang ahli-ahli PAC lain menghadiri
persidangan PAC yang bersejarah ini. Banyak isu telah dipertengahkan dalam
persidangan ini dan pertukaran fikiran antara melebihi 120 wakil rakyat
berkenaan hal-hal perakaunan dan kawalan kewangan awam.
8. 4
mesyuarat telah diadakan sepanjang
tempoh tersebut dan mesyuarat telah berbincang panjang lebar terhadap isu-isu
berkenaan kawal selia kewangan Kerajaan Negeri.
3 inquiri telah diadakan antara lain
(a) Inquiri terhadap Sistem e-tanah seperti yang
dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2011.
(b) Inquiri terhadap rekod pendaftaran pengurusan
perumahan awam MPPP yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012
© Inquiri
terhadap rekod pengurusan bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan yang dilaporkan
dalam Laporan Audit Negara 2012
9. Ringkasan
kesimpulan yang dalam inquri
(a) Sistem e-tanah:
Pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah dipanggil untuk memberi
keterangan terhadap sistem e-tanah yang menghadapi masalah dan
ketidaksempurnaan. Walau bagaimanapun, pegawai Persekutuan dari Kementerian hanya
memberikan keterangan bertulis dan gagal hadir dalam inquiri walaupun 2 kali
jemputan dibuat. Ini merupakan Federal projek yang dilaksanakan di Pulau
Pinang. Mesyuarat mencadangkan supaya
satu mekanisme inquiri bersama antara PAC Parlimen dan PAC Negeri untuk kes-kes
sebegini yang ada kaitan dengan Federal projek yang dijalankan di
negeri-negeri.
(b) Rekod
Pendaftaran pengurusan Perumahan awam MPPP
Yang Dipertua MPPP telah dipanggil untuk memberi
keterangan. MPPP turut melaporkan bahawa MPPP telah membeli sistem baru iaiatu
sistem e-Penilaian dengan modul penyewaan pada awal 2013 untuk mengatasi
masalah pendaftaran yang direkodkan melalui Microsoft Excel.
-
Cadangan
mesyuarat supaya Laporan Ketua Audit Negara berkenaan bab-bab Kerajaan Tempatan
hendaklah diedarkan dan dibincangkan antara ahli-ahli majlis sebagai policy
maker dengan ketua-ketua jabatan.
-
Cadangan mesyuarat supaya MPPP untuk
kaji semula dasar dan sistem komputernya supaya sejajar dengan perkembangan IT
semasa.
© Rekod
Bantuan Kebajikan Jabatan Kebajikan
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang
telah dipanggil dalam inquiri. Belaiu melaporkan bahawa sistem ALIS (Agency
Link-Up System) telah digunakan bersama dengan Jabatan Pendaftaran Negara mulai
tahun 2013 untuk mengenalpasti samada penerima bantuan sudah meninggal dunia. Sebelum ini, ia hanya dilakukan secara
manual. Mesyuarat mecadangkan supaya ALIS juga boleh digunapakai oleh Jabatan
Kebajikan dalam program kebajikan yang lain serta agensi kerajaan yang lain
untuk berkongsi maklumat.
10. Pandangan
saya dalam kawal selia kewangan
(a)
Pelaksanaan Accrual Base Accounting menggantikan Cash Base Accounting
dan dirancang dilaksanakan di Federal Department mulai 2015 dan Kerajaan Negeri
mulai 2016. Ini termasuk juga agensi-agensi perlu merekodkan aset-aset
masing-masing dengan komprehensif. Ini
akan meningkatkan kawal selia terhadap kewangan kerajaan dan peranan PAC boleh
bermain dengan lebih efektif.
(b) Jabatan
Audit Negeri Pulau Pinang perlu lebih proaktif dengan kerjasama dengan Jabatan
Kewangan Negeri. Jabatan Audit Negeri
hendaklah juga mengadakan audit terhadap anak syarikat Kerajaan yang baru
ditubuhkan. Buat masa ini, 20 anak syarikat Kerajaan Negeri dan anak syarikat
badan statutori dalam senarai audit Jabatan Audit Negeri. Beberapa anak
syarikat baru yang ditubuhkan dalam masa 1 atau 2 tahun belum lagi dalam
senarai audit Jabatan Aduit Negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment